Monday, May 27, 2013

KURSUS INTENSIF 3 HARI 2 MALAM BULAN JUN DI JOHOR BAHRU



Assalamu’alaikum. Kabar Gembira bagi Guru-guru Qiraati yang ingin menambah ilmu dan pengalaman di bidang pengajaran Qiraati. Kursus Metodologi Lanjutan oleh ust Abubakar putera Punyusun Qiraati dari Indonesia akan diadakan di Hotel Seri Malaysia Larkin, Johor Bahru pada 21-23 Jun 2013. Hanya Khas untuk Para Guru Qiraati yang bersijil (lulus Tashih) sahaja. Yuran RM250/seorang termasuk makan minum dan penginapan. Tempat terhad dan bila-bila masa shj pendaftaran akan ditutup. Pendaftar awal akan diberi keutamakan. Bersegeralah mendaftar kepada ust Sali: 0107031168 atau ustadzh Ummi: 0197740132 atau ust. Masruh: 0105080137

Friday, December 14, 2012

KURSUS BULAN FEBRUARI 2013

Kursus Calon Guru Qiraati akan diadakan pada hari AHAD 10 FEB 2013 di Kajang, Selangor DE. Tempat Kursus: No: 22, Lot 1672, Jalan Qiraati off Jalan Nazir, Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang. Selangor Darul Ehsan. Hubungi : 603-87340302 atau 0196608437 Waktu Kursus : 10.00 pagi - 5.00 petang. RM 60 (bahan kursus, makan minum dan sijil penyertaan). Pastikan Tuan/Puan menghubungi kami dua hari sebelum tarikh tersebut untuk memastikan muatan ruangan yang terhad.

Sunday, March 11, 2012

MAKLUMAT AM KEPADA SELURUH KELAS QIRAATI DI MALAYSIA

QIRAATI

SEKILAS MENGENAI QIRAATI
Qiraati disusun oleh ustadz Haji Dachlan Salim Zarkasyi sejak tahun 1963 dan dicetak mulai tahun 1970. Sejak itu sudah mulai dikenali orang para guru Al Quran dan majlis khatam al Quran yang pertama menggunakan kaedah ini pada tahun 1986.
Qiraati disusun dengan tujuan anak-anak murid dapat membaca al Quran secara tartil. Untuk itu para guru diwajibkan melalui test bacaan agar dapat menghasilkan murid-murid yang baik bacaannya.
Beberapa set dikhaskan untuk murid-murid kanak-kanak usia 4 tahun hingga 6 tahun, murid-murid usia remaja dan usia dewasa.

ISTILAH-ISTILAH DALAM PENGGUNAAN METODE QIRAATI
Beberapa istilah yang sering digunakan dalam pengurusan kaedah Qiraati:
LEMBAGA:
Lembaga dimaksudkan adalah sebuah tempat pengajian yang mempelajari bacaan al Quran. contohnya di Sungai Ramal Dalam ini ada Raudhatul Mujawwidin, merupakan kelas Qiraati atau sebuah Lembaga Pengajian Al Quran, juga biasa dikenali dengan TPQ (Taman Pendidikan al Quran).
MMQ:
MMQ adalah singkatan daripada Majlis Mu'allimil Quran. Dimaksudkan adalah kegiatan tadarus simak. Setiap Lembaga mesti mengadakan MMQ setidaknya sekali seminggu, untuk menjaga kualiti bacaan guru dan saling tegur menegur dan boleh dimanfaatkan juga untuk membincangkan permasalahan yang berlaku di sebuah lembaga.




GURU BERSYAHADAH / GURU BERSIJIL:
Guru-guru yang akan mengajar Qiraati diwajibkan mengikuti test bacaan dan mengikuti kursus metodologi sebagaimana yang kita sedang buat saat ini. Buku Qiraati disebarkan oleh Guru-guru yang bersyahadah bukan oleh kedai-kedai atau pasar malam.

KOORDINATOR:
Koordinator adalah bertanggungjawab dalam mengawal kegiatan-kegiatan kelas-kelas atau lembaga-lembaga yang berada di bawahnya. Pengadaan kursus, tashih, dan kawalan buku dilakukan oleh koordinator.
Seseorang tidak bisa meminta untuk menjadi Koordinator, karena koordinator adalah dipilih dan ditentukan oleh pihak pusat atau wakilnya yang ditunjuk dengan restu pusat Qiraati di Semarang. Koordinator boleh diturunkan bila dikehendaki dan tidak boleh diwariskan kecuali dengan restu Pusat.

MAJLIS KHOTMIL QURAN
Untuk meraikan murid-murid yang telah mengkhatamkan bacaan al Qurannya maka diadakanlah MAJLIS KHOTMIL QURAN. Dan untuk dapat duduk di pentas majlis tersebut, murid mesti lulus test yang dikenali TAS atau Test Akhir Siswa. Yang diadakan oleh pihak Koordinator. Para penguji ditentukan oleh Koordinator. Mata pelajaran terdiri dari Fashohah, Tajwid, Bacaan Sholat, Hafalan surah-surah pendek, Doa-doa harian dan kalimah Thoyyibah.
Atur cara majlis khotmil Quran dimulai dari perarakan dengan berkeliling di sekitar Tempat Pengajian. Setelah para khatimin / khatimat naik pentas dibacakanlah surat keputusan dari sekolah ataupun dari koordinator. Kemudian mereka memulai bacaan dari surah adh dhuhaa sampai an naas, dan sebahagian surah al baqoroh dan ayat kursi. Kemudian ditutup oleh salah seorang murid yang dikhatamkan. Setelah itu demonstrasi ilmu tajwid dan gharib kemudian dilanjutkan dengan imtihan, yakni diuji di hadapan orang ramai dengan pertanyaan bebas yang diajukan oleh para hadirin termasuk ibubapa yang datang.
Setelah itu barulah sambutan-sambutan yang dimulai dari Penanggung jawab sekolah, wakil ibubapa, tokoh masyarakat ataupun tamu kehormat.
Setelah itu dilanjutkan dengan acara penyerahan sijil khatam dan berfoto.
Akhirnya ditutup dengan acara foto bersama dengan para khotimin dan khotimat secara bersama para tamu atau para keluarga mereka.

FESTIFAL QIRAATI
Festifal Qiraati dimaksudkan suatu program yang menyerupai Musabaqoh Tilawatil Al Quran secara tartil. Bukan bacaan tarannum dilombakan melainkan bacaan tartil. Di sini setiap koordinator daerah akan mengirimkan pelajar terbaiknya untuk mengikuti festifal tersebut. Di sini akan terjadi nilai-nilai positif, di mana lembaga-lembaga yang kurang serius atau kurang berkualiti akan tertarik untuk mengirimkan pelajarnya terbaik di masa yang akan datang.

SILATNAS
SILATNAS adalah kependekan dari Silaturrahim Nasional, sejenis MMQ yang biasa diadakan setiap empat tahun sekali untuk bersilaturrahim antara lembaga-lembaga di peringkat kebangsaan.
Selain membaca dan menyimak, di dalam acara ini ada mesyuarat-mesyuarat yang akan diambil keputusan untuk kebaikan bersama dan yang akan memberi manfaat untuk seluruh kelas Qiraati di mana saja termasuk Malaysia dan Singapura.

Tuesday, October 20, 2009

KURSUS PADA BULAN MAC 11/MAC/2012

Kursus Calon Guru Qiraati akan diadakan pada hari AHAD 11HB MAC 2012 di Kajang, Selangor DE. Tempat Kursus: No: 22, Lot 1672, Jalan Qiraati off Jalan Nazir, Kg. Sg. Ramal Dalam, 43000 Kajang. Selangor Darul Ehsan. Hubungi : 603-87340302 atau 012 3398437 Waktu Kursus : 8.30 pagi - 5.30 petang. RM 80 (bahan kursus, makan minum dan sijil penyertaan). Pastikan Tuan/Puan menghubungi kami dua hari sebelum tarikh tersebut untuk memastikan muatan ruangan yang terhad.

Sunday, October 28, 2007

QIRAATI DISUSUN SEJAK 1963

Qiraati ditemukan oleh seorang guru mengaji berpengalaman dikenali dengan nama Pak Dahlan pada tahun 1963. Nama lengkapnya Bp. K.H. Dachlan Salim Zarkasyi. Setelah bertahun-tahun mengajar, beliau merasakan bahawa hampir semua murid-muridnya sukar mengenali huruf-huruf yang diajarkan melalui kaedah yang biasa digunaka iaitu kaedah yang dikenali dengan kaedah Baghdadiyah. Setelah beberapa kali percubaan, dengan kesabarannya akhirnya beliau menemukan kaedah cepat baca yang kemudiannya diberi nama "Qiraati" yang mempunyai makna "bacaanku". Kehebatan kaedah ini dapat diajarkan kepada anak-anak sejak usia 3 tahun setengah ke atas. Hasilnya memuaskan kerana guru-gurunya perlu diuji bacaan dan diwajibkan mengikuti pelatihan / training guru.